Lawak….
Tajok:robot pengesan bohong
Sudin merupakan seorang professor & saintis terulung di Malaysia. Dia berjaya mencipta sebuah robot pengesan bohong.Robot tersebut mampu mengesan & akan menampar sesiapa saja yang bercakap bohong. Sudin dengan bangga membawa tersebut ke rumah untuk ditunjukkan kepada isteri & anak lelakinye. Namun, dia agak kecewa kerana anak lelaki tunggalnya,Firdaus pulang lewat pada malam tu.
SUDIN:kamu dari mana nie ?
FIRDAUS:ada kelas tambahan pak…
Pangg ! robot ciptaan Sudin terus menampar anaknyer.
SUDIN:Firdaus, nie robot ciptaan ayah. Dia akan tampar sesiapa je yang berbohong. Sekarang cakap betul-II, kenapa pulang lambat ?
FIRDAUS:maaf ayah, Firdaus baru je habis tengok filem kat rumah kawan.
SUDIN:tengok cerita ape ?
FIRDAUS:cerita pasal mat rempit, ayah …
Pangg !
SUDIN:cakap betul-II !
FIRDAUS:maaf ayah … Firdaus tengok cerita lucah …
Sebaik mendengar pengakuan anaknye, Sudin terus naik angin.
SUDIN:kamu nie kecil-II dah nakal. Bila besar nanti nak jadi apa ? ! Ayah masa kecik dulu mana ada buat perkara tak senonoh macam nie !
Pangg ! Sudin ditampar oleh robotnyer. Suasana menjadi hening seketika.
Tajok:GURU KAUNSELING PRIHATIN
Afil merupakan seorang guru kaunseling yang baru je bertugas di sebuah sekolah . Dia sangat teruja & bersemangat untuk memberikan nasihat kepada pelajar-II di sekolah . Suatu hari , pada waktu rehat dia melihat seorang pelajar lelaki sedang berdiri seorang diri di hujung padang sedangkan rakan-II nye berada di tengah-II padang . Afil yang kehairanan mendekati pelajar tersebut .
AFIL : awak ok eke tak ni ?
PELAJAR LELAKI : tada pape cikgu , saye oke .
Mendengar jawapan tersebut Afil teros beredar meninggalkan pelajar tu . Namun , setelah hampir 10 minit pelajar tersebut masih lagi berdiri di tengah padang . Afil yakin pelajar tersebut mempunyai masalah . Lalu , dia sekali lagi mendekatinye . Kali ni , Afil bertanya dengan nada yang lembut .
AFIL : awak nak cikgu temankan awak ?
PELAJAR LELAKI : saye oke je cikgu .. Tapi kalau cikgu nak duduk sini silakan jelah .
Merasakan usahanye tak berhasil , Afil bertanya lagi .
AFIL : kenapa kamu berdiri seorang diri kat sini ?
PELAJAR LELAKI : err … kerana …
Pelajar tersebut diam seketika .
AFIL : kerana apa ?
PELAJAR LELAKI : kerana saye penjaga gol , cikgu .
Tajok : OSMAN & NENEK
Pada suatu hari , Osman ingin membawa neneknyer yang sakit ke hospital dengan menaiki motosikal .
OSMAN : jom nenek , mari Osman bawa nenek ke hospital naik moto . Tapi nenek kene pegang kuat-II tao . Nanti jatuh pulak .
NENEK : baiklah Osman , nenek akan pegang kuat-II .
OSMAN : oke , dah gerak dah ni . Pegang kuat-II ya nek .
NENEK : ya , nenek dah pegang kuat-II nie . Kau jangan lah risau sangat .
Lalu Osman memulas pedal minyak motosikalnye . Tak lama kemudian dia terdengar bunyi kuat sesuatu terjatuh . GEDEBUKK ! Osman terperanjat lalu menoleh kebelakang . Alangkah terkejutnyer Osman apabila mendapati neneknyer sedang mengerang kesakitan .
OSMAN : laaa … ! kenapa boleh terjatuh ni , nek ? kan Osman dah pesan pegang kuat-II tadi .
NENEK : nenek dah pegang kuat-II lah tadi !
OSMAN : nenek pegang kat mana tadi ?
NENEK : kat pagar rumah nie , ha !
OSMAN : pulakk !